Sewa Excavator
Mini excavator (kubota 1–5 tan) untuk laluan sempit belakang rumah, atau unit standard untuk clearing besar dan kerja berat. Operator ikut sekali.
Lihat perkhidmatanKerja tanah, kebun dan tapak di sekitar Temerloh — cuci kebun, korek parit, rata tanah, buat jalan ladang sampai kerja tapak rumah. Backhoe dan excavator berserta operator, sedia turun ke tapak anda.
Dari sudu tanah untuk tapak rumah sampai clearing kebun sawit berekar, satu pasukan uruskan semuanya. Pilih kerja anda di bawah, kami cadangkan mesin yang paling sesuai.
Mini excavator (kubota 1–5 tan) untuk laluan sempit belakang rumah, atau unit standard untuk clearing besar dan kerja berat. Operator ikut sekali.
Lihat perkhidmatanBuka semula kebun sawit, getah atau lot terbiar yang dipenuhi belukar — kami tumbang, tolak sisa dan cabut tunggul sampai tapak lapang.
Lihat perkhidmatanKorek, kambus, naik platform dan mampat tapak sebelum bina — sesuai untuk kawasan lembah Temerloh yang selalu kena air.
Lihat perkhidmatanKorek parit kebun, parit ladang dan saliran air supaya air tak bertakung, terutama kampung tanah rendah sepanjang Kuala Krau dan Kerdau sebelum musim tengkujuh.
Lihat perkhidmatanKorek lubang tiang pagar lurus dan sama jarak, cabut tunggul dan bersihkan laluan sempadan sebelum pagar dipasang.
Lihat perkhidmatanRata dan mampat permukaan tanah untuk tapak, halaman atau kebun — timbus kawasan rendah dan kemaskan supaya tanah stabil dan senang guna.
Lihat perkhidmatanBuka dan baiki jalan masuk kebun sawit, getah dan dusun supaya lori dan motor boleh masuk walaupun lepas hujan lebat.
Lihat perkhidmatanBermula dari Temerloh dan Mentakab, kami bergerak keluar ke pekan dan kampung sekeliling. Mesin dihantar guna lori — kos ikut jarak dari bandar.
Kawasan lain dalam Pahang pun boleh — tanya dulu untuk semak jarak dan jadual.
Tanah di lembah Temerloh ni lain sikit. Bila dekat dengan Sungai Pahang dan Sungai Semantan, banyak kawasan rendah yang cepat bertakung air, dan tanah kebun pun selalu bercampur tunggul getah lama. Kami dah biasa dengan keadaan macam ni, jadi kami tahu bila nak guna sudu, bila nak korek dalam, dan macam mana nak kemas supaya tak jadi masalah lepas hujan.
Bukan setakat bawa mesin — kami dengar dulu apa yang anda nak, baru cadang cara paling jimat. Kalau kerja boleh siap sekejap, kami tak akan tarik masa. Itu yang buat ramai pekebun dan tuan rumah di sini rujuk balik kepada kami.
Kenali Kami Lebih LanjutWhatsApp atau telefon. Beritahu jenis kerja, lokasi tapak dan lebar laluan masuk.
Dari gambar atau lawatan ringkas, kami bagi kadar ikut jam, hari atau projek — jelas dari awal.
Kami tetapkan tarikh dan uruskan lori bawa backhoe atau excavator sampai ke tapak.
Operator turun buat kerja sampai selesai dan kemas, ikut apa yang dipersetujui.
Senang cerita, backhoe (JCB) serba boleh untuk kerja campur di kebun dan tapak rumah — depan boleh sudu tanah, belakang boleh korek parit, jadi satu mesin buat banyak benda. Excavator pula kuat untuk korek dalam, clearing luas dan kerja berat yang berterusan. Kalau anda tak pasti, cerita saja jenis kerja dan keluasan tapak, nanti kami cadangkan mesin yang paling berbaloi untuk kerja tu.
Kami boleh kira ikut jam untuk kerja kecil yang cepat siap, ikut hari untuk kerja sederhana, atau ikut projek (pakej siap) untuk kerja besar macam cuci kebun berekar. Kadar bergantung pada jenis tanah, keluasan dan berapa jauh tapak dari Temerloh. Bagi kami gambar atau lokasi tapak dulu di WhatsApp, nanti kami bagi anggaran yang jelas sebelum kerja mula — tiada caj tersembunyi.
Ya. Setiap sewaan datang dengan operator yang biasa handle kerja tanah kampung dan kebun, dan minyak untuk kerja pun sudah termasuk. Jadi anda tak perlu risau cari orang pandai bawa mesin — kami datang, buat kerja, siap. Anda cuma tunjuk kawasan dan beritahu apa yang nak dibuat.
Kami yang uruskan penghantaran. Mesin dibawa naik lori (low-loader) sampai ke tapak anda, jadi anda tak payah pening pasal cara nak angkut. Kos hantar ikut jarak dari Temerloh — dekat macam Mentakab dan Kerdau memang murah, jauh sikit macam Lanchang atau Kuala Krau kami kira berpatutan. Semua ni masuk dalam anggaran yang kami bagi awal.
Ada. Kalau kerja di belakang rumah kampung, lorong kecil atau kebun yang pintu masuknya sempit, kami boleh hantar mini excavator kubota 1 sampai 5 tan yang boleh masuk laluan sempit tanpa rosakkan pagar atau tanaman. Untuk kerja besar yang lapang, baru kami guna excavator standard. Beritahu saja lebar laluan masuk, nanti kami padankan saiz mesin.
Isi borang ni atau terus WhatsApp kami. Lagi banyak maklumat yang anda bagi, lagi tepat anggaran yang kami boleh berikan.
Telefon atau WhatsApp kami hari ini untuk anggaran percuma. Buka Isnin sampai Sabtu, 7 pagi hingga 6 petang.
09-2750065